Thursday, October 23, 2008

Vespa!!!!


Vespa... Motor klasik yang telah lama menjadi idamanku. Vespa berasal dari Itali dan direka oleh Piaggio & Co di Pontedera, Italy. Aku amat meminati Vespa kerana ia amat unit dari segi bentuknya yang kelihatan seperti siput. Selain itu, ia mempunyai bunyi bising yang telah menjadi trademarknya. Vespa sesuai untuk tunggangan santai kerana Vespa adalah model keluaran lama dan tidak dikeluarkan lagi. Jadi, enjinnya tidak lagi berupaya untuk perjalanan jauh atas faktor usia. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya serta peminat-peminat Vespa yang lain untuk memilikinya kerana ia mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Tambahan pula, ia semakin sukar didapati sekarang selain faktor harganya yang semakin meningkat kembali atas sebab permintaan yang tinggi daripada peminat-peminat barangan antik. Saya berazam untuk memiliki sebuah Vespa kelak kerana itu adalah impian saya sejak sekian lama..



























Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh, dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut. Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.

Tuesday, October 21, 2008

Aku ingin menceritakan satu kenangan dalam hidupku yang tidak dapat dilupakan. Kejadian ini berlaku pada 29 haribulan Julai tahun 2007. Tepat jam 6.30 petang, pergelangan tangan kananku telah patah akibat tergelincir ketika bermain bola sepak. Kejadian ini telah menyebabkan aku tidak dapat menduduki peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula pada keesokan harinya. Aku telah dimasukkan ke wad selama 3 hari dan diberi cuti selama hampir 2 bulan. Apa yang aku kesalkan ialah aku tidak dapat menduduki peperiksaan dan tidak dapat mengetahui sejauh mana kemampuan aku dalam pelajaran masa itu. Jadi, saya ingatkan kepada anda semua, beringatlah ketika apa saja yang anda lakukan kerana malang tidak berbau. Ia tidak mengenal waktu dan tempat.

Renungan


Wanita ibarat epal, epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak, susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu, risau kenapa dirinya belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada sesiapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu memetiknya. Mungkin juga bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringinya...

Monday, October 20, 2008

Yamaha Lagenda 110Z













Yamaha Lagenda 110z, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena perlumbaan Cup Prix di Malaysia. Aku memiliki sebuah motosikal model ini semasa aku berada di tingkatan 5. Kelebihan motosikal ini yang telah lama menceburi perlumbaan Cup Prix ialah dari segi pecutan awal jentera dan juga kestabilan kerangkanya untuk melalui selekoh dengan kadar ayunan dan gegaran yang kurang. Walaupun hanya memiliki kapasiti enjin sebanyak 110.3 cc, ia mampu mendominasi perlumbaan walaupun bersaing dengan jentera-jentera lain yang jauh lebih tinggi kapasiti enjinnya. Jadi, jadikanlah Yamaha sebagai pilihan utama anda. Terbukti di litar lumba sebagai juara.

Sunday, October 19, 2008

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok



Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan. Jadi, berhentilah merokok sekarang sebelum terlambat. Ingatlah orang yang tersayang..

Steven Gerrard



STEVEN GERRARD, satu nama yang tidak asing di kalangan peminat bola sepak dunia terutama di England. Dilahirkan pada 30 Mei 1980 di Whiston, Merseyside, England, Gerrard kini memikul tugas sebagai perancang skuad negara dan kelabnya, Liverpool. Bukan setakat itu, menggalas cabaran sebagai ketua pasukan Liverpool turut memperlihatkan kematangannya mengemudi rakan sepasukan. Gerrard dikenali sebagai salah seorang pemain tengah yang versatil dan banyak mempengaruhi rentak perlawanan. Memakai jersi no 8, dia turut dikagumi berdasarkan kepakarannya melakukan hantaran dan kepakaran rembatan jarak jauh. Dia banyak berfungsi di kawasan 'box-to-box midfield' selain mampu menjadi pemain sayap kiri dan kanan. Malah kadang kala dia turut diberi tugas sebagai 'back-up' penyerang. Sepanjang kariernya, Gerrard telah menggondol beberapa anugerah seperti PFA Young Player of the Year, PFA Player of the Year, PFA Fans' Player of the Year, European Midfielder of the Year, Premier League Most Valuable Player dan Most Valuable Player...